Thursday, December 18, 2008

5P yang ada pada lelaki tetapi dibenci wanita

Penipu
Sikap ini memang sinonim dengan lelaki. Menipu sekali sekala tidak mengapa tetapu jika sudah selalu, wanita akan mengetahuinya. Wanita juga dapat menghidu segala kecurangan anda. Jika anda betul betul tidak dapat berjumpa dengannya semasa ‘dating’ dibuat, terus terang sahaja. Jangan buat seribu alas an. Ia akan menampakkan diri anda sangat biasa untuk berbohong. Malahan, jika anda tidak cukup duit untuk belanja dia di hotel besar, mengaku sahaja. Jangan kata makanan hotel tidak sedap atau tempatnya tidak merasa seronok, wanita akan cepat merasa bosan. Katakana sahaja anda tidak cukup bajet. Itu lebih bagus. Setidak-tidaknya dia akan memahami masalah anda.
Penipuan paling besar ialah jika anda mengaku solo. Tidak kisahsama ada anda sudah berkahwin atau sudah mempunyai teman istimewa. Kalau perlu berteru terang, lakukan sahaja. Setidak-tidaknya dia hanya berkawan sahaja dengan anda dan senang dengan hubungan sedemikian. Tetapi jika anda tidak mengaku dan diatahu selepas itu, sampai bila-bila pun dia tidak akan mempercayai anda!!

Pengotor
Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa mereka sebenarnya pengotor. Mungkin kerana mereka sudah terbiasa dan memjadi amalan sejak dulu lagi. Leleki pengotor ini suka melakukan perkara yang tidak disukai dihadapan orang ramai, akibatnya, wanita malu ingin mendekatinya.
Antara perbuatan yang dianggap pengotor ialah mengorek lubang hidung dan membuang sampah merata- rata, tidak mengemaskan misai, bulu hidung panjang, meludah, batuk dan membuang kahak merata-rata, membunag putung rokok bersepah dan memakai baju yang sama setiap kali keluar bersama serta bau ketiak yang tidak menyenangkan. Ada juga yang berbau rokok setiap kali bercakap. Itu sudah dikira pengotor. Jadi, tukarkan penampilan anda yang pengotor itu juka ingin menambat hati wanita yang anda sukai.

Panas baran
Ini adalah sikap yang sememangnya tidak disukai oleh mana-mana wanita. Mereka cukup takut jika terpilih teman lelaki yang panas baran kerana silap gaya diri sendiri yang merana. Lebih-lebih lagi jika mereka mudah angkat tangan setiap kali hal yang tidak disukai berlaku. Ingat! Wanita bukan tempat untuk melepaskan geram dan anda berhak menampar atau menendang sesuka hati. Jika tidak dapat menahan geram, tumbuk sahaja dinding batu. Barulah tahu mana yang lebih kuat, tangan anda atau batu.
Tubuh wanita bukan tempat sandaran. Jadi, sangat malu jika wanita yang anda kasihi sentiasa dimarahi dan dikeji. Lebih baik jangan mengasihi orang lain jika diri sendiri tidak ada sifat penyayang itu. Jadi gentleman dan bukannya gangster. Amat malu jika anda melayan wanita sebegitu rupa jika dibandingkan dengan kekuatan anda. Silap gaya anda sendiri yang akan dibawa ke lokap kerana wanita sekarang lebih bijak. Banyak badan kemasyarakatan yang bertindak jka mereka didera. Jika tidak mahu merasa tidur di lokap, jangan biarkan sikap panas baran anda itu merasuk fikiran anda.

Perasan
Lelaki sekarang lebih banyak yang perasan. Ada yang sanggup jalan menabik dada tak kala lalu dihadapan wanita yang kononnya dirinya macho. Mulalah ‘control macho’ tidak tentu pasal. Walhal tidak semua wanita memandang lagak anda itu. Silap gaya, dikatanya anda jejaka perasan. Lebih-lebih lagi jika si lelaki sengaja menayang kereta baru dihadapan wanita. Hello, tidak semua wanita akan tertarik dengan cara begitu. Itu cara lama namanya. Wanita akan beranggapan itu hanyalah kereta pinjam.
Lelaki yang tidak perasan akan bersikap ‘low profil’ dan tidak menunjuk-nunjuk. Jika mereka mempunyai kereta besar, telefon bimbit canggih sekali pun, mereka akan merendah diri sahaja. Cara beginilah akan membuatkan si wanita tergugat. Tidak perlu taktik lama. Lelaki kacak tidak semestinya disukai oleh wanita. Paling penting cara anda menampilkan diri anda di khalayak ramai. Yang aman perasan macho dan kacak, boleh ucapkan selamat tinggal kerana jka ada wanita yang terpikat pada anda, dia hanya inginkan wang anda dan bukan diri anda sebenarnya.

Pelupa
Ini adalah satu masalah yang sering melanda lelaki.mereka sering lupa segala hal yang sering berkaitan dengan teman wanitanya lebih-lebih lagi bila melibatkan tarikh.hari jadi dan tarikh ulang tahun pertemuan sering dilupakan menyebabkan wanita sering measa hati.mereka sering memandang remeh hal-hal sebegini tetapi lain bagi wanita.tarikh-tarikh penting inilah yang mengingatkan mereka pada kenengan semasa bersama.
Lebih-lebih lagi jika tarikh hari lahir tidak diambil kisah.wanita akan cepat marah kerana bagi mereka,jika tarikh pun susah nak ingat,bagaimana hal-hal lain yang lebih besar dan berat.oleh itu,kaum lelaki jangan ambil ringan hal ini.

No comments: