Saturday, December 27, 2008

TIP UNTUK LELAKI

Anda disarankan untuk mencuba seberapa banyak minyak wangi sebelum membuat keputusan. Sembur pada kulit untuk bau lebih yang tepat. Usah percaya pada bau yang disembur pada kertas uji atau di udara kerana ada pewangi yang bila disembur pada kulit, ia tidak seharum atau tahan lama seperti yang digambarkan.

Selain menggunakan produk penjagaan wajah, jerawat juga boleh dicegah dengan memastikan wajah berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Kawal minyak dan kotoran dengan mencuci wajah dua atau tiga kali sehari.

Sentiasa bersenam kerana ia boleh melancarkan aliran darah, menambah oksigen yang dapat mengembalikan kesegaran dan kesihatan kulit. Pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan kurang tekanan membantu melindungi kulit dan tubuh agar lebih sihat.

Cara terbaik untuk menonjolkan penampilan adalah menambah lebih bayak pakaian berwarna di dalam almari pakaian anda. Tetapi perlu diingat, pilihan warna itu hendaklah bersesuain dengan warna kulit. Banyakkan pakaian berwarna untuk kemeja, baju-t, sweater dan pakaian sukan.

Apabila memakai Eua de cologne, eau de toilette atau eau de perfume, sembur atau calit pada kulit. Semua pewangi ini dicipta untuk digunakan pada keseluruhan badan. Untuk mengekalkan haruman, sembur ke udara dan kemudian berjalan ke dalam semburan itu. Nikmati keharumannya.

Sekiranya anda gemar memakai jam tangan, anda boleh suai padankan dengan pakaian yang anda pakai tanpa berbelanja besar. Paling penting, anda bijak suai padankannya mengikut kesesuaian pakaian. Disebabkan lelaki tidak mempunyai banyak pilihan dalam pemakaian barang kemas, dengan menyuaipadankan jam tangan dan pakaian sesuai, pastu diri anda lebih menonjol dan tanpil hebat.

Apabila bercukur, kulit wajah akan menjadi kasar. Ingat, gunakan pisau cukur yang tajam dan bilaskan wajah dengan iar suam sebelum bercukur. Bersihkan kesan cukur dengan air sejuk, bukan panas. Sapukan losyen selepas bercukur untuk megurangkan keradangan kulit.

Sapu sabun atau minyak mandian dan diikuti dengan sapuan losyen atau krim badan terlebih dahulu pada kulit. Kemudian barulah sembur pewangi ke kulit atau bahagian tertentu. Ini hádala cara terbaik mengekalkan bau haruman pada kulit.

No comments: