Monday, December 1, 2008

GAYA JEAN PILIHAN


Salah satu gaya busana tertua yang tidak pernah lekang dek zaman adalah jean. Kaum lelaki khususnya amat menggemari jean kerana selesa dipakai. Begitu banyak jean yang di pasaran, baik dari segi potongan mahupun warna. Oleh kerana itu berhati-hatilah dalam memilih jean. Sesuaikan dengan bentuk badan anda.
Straight cut
Potongan jean ini adalah berbentuk lurus.hal ini kerana potongannya bermula dari atas ke bawah,memiliki lebar kaki yang sama dan biasanya jika digayakan kelihatan melekat pada tubuh.jean dengan potongan jenis ini sesuai digayakan oleh lelaki yang memiliki kaki yang panjang.


Boot cut
Pernahkah anda melihat gaya kowboy menggayakan jean?mereka biasanya menggayakan jenis boot cut yang memiliki potongan melebar pada bahagian mata kaki.ini bagi emudah mereka untuk menggayakan but dengan jean tersebut.jadi,jika anda seorang yang suka memakai but,jean adalah pilihan yang sesuai untuk anda.apa yang penting anda perlu bijak memilih jean yang selesa deangan bentuk badan dan ketinggian anda.


Regular fit
Jean dengan potongan lurus ke bawah dan di bahagian mata kaki lebarnya sekitar 40 sentimeter.potongan ini merupakan gaya yang paling klasik.


Easy fit
Easy fit merupakan pilihan bagi lelaki dengan potongan tubuh agak gemuk dan tidak menyukai potingan yang ranggi.jean jenis ini menyerupai regular fit tetapi agak lebar di bahagian punggung,pinggul,kaki dan lutut dan agak sempit pada pergelangan kaki sekitar 38 sentimeter.biasanya jean jenis ini dikenali juga dengan istilah relax.


Baggy
Potongan jean yang longgar pada bahagian pinggul hingga ke hujung kaki jean.gaya seperti ini sangat sesuai untuk gaya kasual kerana itu tidak disarankan untuk digunakan untuk pergi kerja atau menghadiri majlis-majlis formal.


Flares
Fesyen jenis ini memiliki potongan ynag melebar dari bahagian bawah lutut.untuk mereka yang sukakan gaya yang ranggi,fesyen jean jenis ini sesuai untuk anda.

No comments: