Monday, December 29, 2008

GAYAKAN KAFLING



Aksesori yang mampu menonjolkan gaya hebat di pejabat mahupun di majlis formal


Cuba anda perhatikan rakan sepejabat, berapa ramai pekerja lelaki yang memakai kafling pada kemeja? Ada? Atau sememangnya mereka bukan seorang yang bergaya? Anda pula bagaimana? Sengaja bertanyakan soalan ini. Dari pemerhatian, saya lihat tidak ramai lelaki Malaysia yang berkemeja dan berseluar slack ke tempat kerja memakai kafling, sedanngkan aksesori ini penting untuk menonjolkan penampilan yang hebat.


Salah satu barang kemas atau aksesori yang perlu ada oleh setiap lelaki ialah sepasang kafling. Kafling merupakan ekseaori pilihan lelaki atau wanita yang mempunyai citarasa fesyen tinggi. Dengan memakai sepasang kafling pada sehelai kemeja, mampumenonjolksn kehebatan gaya dan sofitiskated seorang lelaki.


Biarpun anda hanya memakai sepasang kafling yang ringkas, dengan mudah ia sudah menampakkan anda seorang yang bergaya, dimana kafling itu sendiri merupakn symbol elegan dan kemewahan. Selain kafling, tidak banyak aksesori lelaki yang dapat mengekspresikan ciri-ciri gentleman dan formal.


Menariknya, kafling juga menonjolkan individualism kerana setiap lelaki mempunyai pilihan rekaan dan stail kafling yang berbeza. Sebab itulah, hari ini terdapat kafling dengan rekaan dan beentuk yang unik. Apa yang paling penting, stai individual lelaki akan terserlah apabila mereka bijak menyuipadankan dengan kemeja baik dari segi pilihan corak dan warna.


Anda boleh pilih rekaan kafling yang sesuai dan dapatt dipadankan mudah dengan kemeja atau anda boleh memilih kafling yang berwarna-warni untuk menonjolkan gaya lebih trendy. Tidak kira apa jua pilihan stail, sentuhan penyudah dengan kafling akan menceritakan tentang siapa diri anda.


JENIS-JENIS KAFLING


Sekitar tahun 1930-an, kafling direka dengan bentuk yang unik dan setiap satunya bertatahkan batu permata seperti rubies, emerald dan sapphires. Biasanya kafling dengan permata yang berwarna-warni ini dipakai ketika menghadiri majlis atau parti formal. Kini kafling telah direka dengan pelbagai bentuk dan pilihannya lebih banyak. Direka dari material biasa hinggalah mewah disadur emas, platinum atau dihias dengan berlian.


PILIHAN


Secara amnya, kafling tidak seharusnya kelihatan melebihkan pakaian. Ia perlulah sesuai apabila dipakai dan padan dengan kemeja’ jeket atau dipadankan dengan aksesori lain. Biasanya kafling berwarna-warni sesuai dipadankan dengan kemeja. Bagi agenda yang kurang formal, kafling yang berwarna perak dan emas atau bertatahkan permata berwarna pilihan sesuai. Kafling berwarna besi lebih popular dipakai di pejabat. Untuk agenda yang lebih formal, kafling perlu sepadan dengan dengan sut. Bagi acara yang lebih flashy, pakai kafling yang bertatah batu permata atau rekaan unik. Ia juga sesusi dipadankan dengan tali leher berwarna untuk majlis yang tidak begitu formal.


PEMAKAIAN KAFLING KETIKA TEMUDUGA


Cipta tanggapan hebat ketika temuduga kerja anda dengan kafling bergaya. Menghadiri temuduga kerja merupakan pengalaman yang mendebarkan, dan 90 peratus kemungkinan anda diterima bekerja adalah bergantung pada tanggapan pertama iaitu dengan melihat penampilan diri. Ada orang kata, kita mengambil masa sekurang-kurangnya 30 saat untuk menilai orang lain. Oleh sebab itu, adalah sangat penting anda mengambil masa dan berusaha untuk kelihatan menarik sebelum mengdadiri temuduga untuk kerja baru. Ia bukan hanya membuatkan orang menilai anda seorang yang mementingkan penampilan, tetapi sekaligus member imej terhadap syarikat. Anda juga mampu tampil dengan lebih yakin.


Member hint atau isyarat dengan penampilan sofistikated mengenakan sepasang kafling dipadankan dengan sehelai kemeja French cuff, boleh mengubah pakaian biasa ke sesuatu penampilan yang memikat pandang, dan mungkin ada yang berkata “saya sukakan penampilan kamu”. Ini adalah tanggapan pertama yang hebat daripada majikan kerana mereka mahu anda sentiasa tampil dengan penampilan itu. Jadi, gunakan kafling sebagai suatu kelebihan dan ciptakan tanggapan pertama yang fantastic.


Ketika menghadiri temuduga, elakkan memakai kafling yang trendy seperti berbentuk binatang, symbol dan sebagainya.

No comments: