Monday, December 8, 2008

Sejauh mana lelaki bersikap gentleman

Disayangi VS menyayangi
Lelaki zaman ini kebanyakan bersikap lebih suka disayangi berbanding menyayangi. Padahal, lelaki yang gentleman harus menyayangi pasangannya dan bukan diminta untuk disayangi. Ia adalah dua perkara yang sangat berbeza. Cuba kita lihat lelaki zaman sekarang. Semuanya mengharapkan si gadis untuk memberikan perhatian lebih kepadanya. Jika tidak, ia adalah alasan yang paling kukuh untuk mencari yang lain. Kononnya tidak mendapat belaian yang sempurna. Itu adalah salah! Sepatutnya wanita yang memerlukan belaian daripada lelaki dan bukan sebaliknya. Oleh itu, awas kepada lelaki yang suka memberi alasan bahawa dirinya kurang kasih sayang tetapi dirinya yang tidak tahu memberikan kasih sayang kepada orang
lain.

Sebaliknya jika dia mempunyai sifat menyayangi, secara tidak langsung, dia akan sentiasa melingdungi kekasihnya lelaki ingin dilabel sebagai gentleman, ubahlah sikap dan jadilah seorang yang menyayangi dan bukannya berharap untuk disayangi.


Memikat VS dipikat
Hal sebegini memang sudah banyak berlaku di zaman ini. Bak kata pepatah melayu, perigi mencari timba. Wanita lebih berani mencurahkan perasaan berbanding lelaki. Jika seorang wanita itu meminati seorang lelaki, tanpa segan, dia akan menyatakan hasrat hatinya. Sebaliknya pula, lelaki kini takut untuk meluahkansendiri dan lebih suka menggunakan orang tengah. Baginya sangat sukar melafazkan cinta. ‘come on!’ jangan jadi pengecut. Beranai sahut cabaran dan katakana jika anda sukakan gadis itu. Jangan sampai lepas ke tangan orang lain. Anda juga yang sengsara.

Sesetengah lelaki pula sangat bangga jika dirinya berjaya dipikat oleh su gadis. Baginya dialah jejaka idaman yang menjadi rebutan. Ah! Lipakan itu semua. Itu menandakan anda menunjukkan kelemahan diri anda sendiri. Wanita yang seharusnya dipikat dan bukannya anda.


Melindungi VS dilindungi
Ada orang mengatakan carilah suami yang dapat melindungi ansa di kala susah dan senang. Namun, masih ramai lagikah lelaki sedemikian ?? kita telah membaca banyak di akhbar mengenai suami yang dayus dan mempergunakan isteri demi kepentingan sendiri. Gentlemankah mereka? Sudah pastinya tidak. Suami yang baik ialah mereka yang mampu melindungi keluarga daripada sebahgian keadaan yang tidak elok.

sebaliknya jika suami yang mengharapkan dirinya dilindungi oleh isteri. Itu sudah terbalik. Mana perginya keberanian dan ciri-ciri lelaki idaman jika semuanya pun mengharapkan wanita.

Oleh itu, kepada lelaki yang ingin menjadi gentleman, cuba menjadikan diri anda lebih hebat dan lebih bagus daripada daripada wanita agar wanita juga memandang tinggi kepada anda. Jangan sampai anda pula mengikut telunjuk dan sentiasa bergantung dengan mereka.


No comments: