Monday, December 29, 2008

Patutkah anda mencintai seseorang yang tidak mencintai anda??

Ini mungkin boleh dikatakan dengan cinta yang tak berbalas. Kebanyakan individu yang berangan-angan untuk memiliki sesuatu yang mereka tidak ada. Itulah masalah bila menginginkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dimiliki. Contohnya, anda meminati gadis tetapi si dia langsung tidak ada perasaan pada anda. Ini bermakna anda Cuma bertepuk sebelah tangan. Apakah reaksi si dia jika mengetahui anda meminatinya? Adakah si dia suka dirinya dimainati atau pun berasa rimas menjadi perhatian seseorang. Sukar untuk mengangak perasaan orang lain. Ada yang Nampak tenang dari riak wajah tapi dalam hati, hanya dirinya dan tuhan saja yang tahu.
Sebenarnya mencintai seseorang yang tidak mempunyai perasaan terhadap anda agak sukar untuk diterima. Tetapi dari segi emosi, ia adalah satu cabaran yang terpaksa ditempuhi. Sama ada anda memilih untuk mengalah atau terus-menerus menyimpan perasaan terhadap si dia. Konflik yang berlaku dalam diri ada kalanya mampu ‘membunuh’ dan menyeksa perasaan anda sendiri. Mungkin sudah puas anda menangkis perasaan ini tetapi gagal Ah! Betapa misterinya cinta! Datangnya tidak diundang , perginya tiada siapa yang merelakannya. Itulah hakikat yang terpasa untuk ditempuhi biarpun perit untuk ditelan. Dalam situasi ini, elakkan nafsu menguasai diri. Sebaliknya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Letakkan akal di hadapan perasaan bagi mengelakkan nafsu menguasai diri. Jangan terlalu obses terhadap sesuatu perkara yang tidak pasti kerana ia begitu menyakitkan malah menyeksakan jika apa yang diharap tidak menjadi kenyataan.

No comments: