Monday, December 8, 2008

Agar anda disukai wanita..


Sentiasa senyum
Senyum merupakan satu senjata yang mampu meruntun jiwa seseorang. Dengan senyuman, boleh menjalinkan sesebuah ikatan. Tapi awas!! Janagn sampai senyuman anda itu dianggap senyuman gatal. Bukan semua senyuman boleh diguna pakai. Pakar psikologi juga sering menyarankan kita agar sentiasa senyum untuk melahirkan perasaan positif dan stabil. Manakala untuk tip awet muda, senyuman adalah mujarab. Jadi, jika anda tergolong dalam mereka yang mudah senyum, wanita akan mudah mendekati anda.
Caranya mudah, ketika anda sedang berdua-duaan, buatlah beberapa lawak jenaka atau kegiatan lain yang dapat memmbuatkan suasana menjadi ceria- misalnya membuatkan dirinya tersenyum atau tertawa. Janagn sesekali anda menunjukkan sikap keras kepala anda didepannya. Beri dia ruang untuk menonjolkan dirinya yang sebenar. Juga, berikan dirinya ruang umtuk membuatkan diri anda senyum.
Berlawak jenaka
Jangan hanya tumpu pada si dia sahaja. Seelok-eloknya wujudkan suasana ramah mesra dan dekatkan diri kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya. Buat jenaka yang membolehkan mereka terhibur. Dari situ, anda akan ada peluang yang cerah unrtuk menarik perhatian si dia. Pasti , selepas itu, si dia yang merapati anda.
Tidak percaya cubalah!! Dengan tidakan anda yang berjaya ‘mencuri’ hati insan terdekat si dia ini, akan menjadikan lebih mudah. Tapi, jangan terlebih terlebih membuat jenaka. Silap gaya anda boleh dilabel sebagai lelaki mengada-ngada dan melampau.
Cara penampilan diberi perhatian
Jangan lupa untuk berusaha menjadi yang terbaik untuk si dia. Tapi jangan sampai anda terpaksa melakukan sesuatu yang di luar kemampuan anda. Jangan paksa diri untuk sesuatu yang tidak dapat lakukan. Just do the best you can, and, be yourself.
Maka semuanya akan berjalan lancar. Perhatikan cara penampilan. Penampilan yang rapi dan bersih (apalagi harum) sangat digemari wanita. Apatah lagi jika haruman yang anda pakai menepati cita rasa si gadis. Berbelanja sedikit membeli minyak wangi yang tahan lama. Paling bagis jika ia melambangkan sikap maskulin anda. Jadi tidak perlulah anda cuba merapati kerana dengan sendirinya, si dia akan mendekati anda dek kerana haruman yang dipakai
Jangan terlalu agresif
Jika anda merupakan seorang yang agresif, cubalah untuk mengurangkan sikap itu kerana wanita amat tidak suka kepada mereka yang agresif. Umpama jika anda gemar menelefon 5-10 kali sehari atau mengirim SMS sebanyak 90-100 kali sehari yang isinya kadang kala merepek, menjadikan wanita cepat bosan.
Malahan, silap gaya anda ditinggalkan kerana merasakan tiada kebebasan. Sebaliknya , buatkan diri anda seorang yang jarang menelefon, jarang menhantar e-mel, jarang bertemu, ataupun menhantar SMS. Kalu ingin pun sekali sekala sahaja. Dengan itu, membuatkan si dia terpesona dengan anda dan tidak mahu melepaskan anda.

No comments: