Sunday, December 14, 2008

Tiru gaya lelaki Metroseksual




Melihat kepada gaya yang kemas dan menawan pasti mata si gadis tidak lekang memandang. Dengan rambut yabg disisir rapi, ditambah pila dengan baju yang digosok kemas, lelaki metroseksual cukup mudah dikenali. Seperti yang diketahui, golongan ini amat mementingkan penampilan malah setiap inci pakaian, eksesori atau haruman yang dipakai pasti dititikberatkan.

Rapikan rerambut di tubuh
Kenal pasti tubuh yang perlu diberi perhatian. Kebiasaannya, lelaki jenis ini amat menitikberatkan perihal rambut di tubuh merekatermasuklah misaim dan janggut. Dengan memotong rambut mengikut fesyen yang sesuai seterusnya merapikan janggut atau misai, keyakinan diri pasti terserlah.

Pilih tekstur kain yang sesuai
Dalam memilih pakaian, tekstil yang dugunakan perlu diambil perhatian terutamanya kualiti yang dugunakan. Jangan tangkap muat sahaja. Sebagai panduan, pemilihan fabric berkualiti tinggi. Sekiranya anda gemar mamakai kemeja, pastikan ia dari jenis kain yang lembut dan sesuai dengan anda.

Pastikan potongan pakaian yang sepadan
Sama ada anda sedar atau tidak, lelaki jenis ini amat mementingkan kualiti serta potongan baju yang dipakai. Bagi mereka, potongan baju yang sesuai mampu memberikan imej yang kemas dan segak sentiasa.

Peka dengan fesyen
Sebagai pengetahuan, lelaki metroseksual amat peka terhadap perkembangan fesyen semasa sama ada tempatan atau antarabangsa. Biasanya, mereka akan membelek majalah-majalah fesyen atau mengunjungi butik-butik pakaian bagi mendapatkan stail terkini yuang bersesuaian.

Wangian sesuai personality
Selain mementingkan wajah dan tubuh, golongan inin juga tidak ketinggalan mengenakan semburan yang sesuai dengan personaliti mereka. Biasanya haruman yang dipakai ialah sensual, oriental dan musky. Pemilihan haruman yang menyegarkan seperti sitrus atau lemon sangat disukai oleh mereka yang lasak dan menyukai aktiviti luar.

No comments: