Monday, December 8, 2008

Apa yang wanita benci pada lelaki

Jangan tidak tahu, wanita pemerhati orangnya. Setiap gerak geri anda akan sentiasa diperhatikan dan dinilai secara dalaman. Sebab itu penampilan dan pergerakan anda sangat penting ketika berhadapan dwngan wanita. kalau boleh, ambil tahu sedikit informasi yang diberikan dibawah…

Terlalu ambil berat
Pasti anda akan bengang dengan kenyataan ini “tak ambil berat salah, ambil berat pon salah, jadi nak buat macam mana?” sebenarnya wanita suka dirinya diambil berat oleh teman lelakinya tetapi jangan sampai membuatkan si dia berasa rimas dan rasa diperhatikan. Contoh, anda kerap bertanya, “sihat ke hari ini dah makan? DAh minum? You dah makan ubat ke?? Dan banyak lagi yang menyebabkan si dia rimas dan tidak selesa dan menganggap anda mengokongnya. Bertanya pada hal-hal yang perlu sahaja dan sekali- sekala sahaja anda bertanyakan perkara yang sama. Jangan terlalu kerap.

Terlalu mengongkong
Awak kemana semalam, saya telefon awakm asyik tidak dapat sahaja?.. baju ini awak kena pakai semasa jumpa dengan keluarga saya malam nanti. Awak jangna pergi ke pusat membeli belah tu, saya tidak suka dan banyak lagi ayat laibn yang tidak disenangi oleh si dia, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Tidak tahan dibuatnya. Itu belum menjadi isteri. Jika sudah lama menjadi isteri anda, tidak tahu bagaimana anda akan membentuknya. Anda tidak boleh terlalu mengawal teman wanita anda sehingga dalam bab-babberpakaian mahupun pergaulan anda yang kena tentukan. Si dia akan menjadi bosan. Silap gaya, si dia boleh mencari yang lain. Anda juga akan mengigit jari



Terlalu manja
Romantik boleh tapi jangan terlalu bermanja berlebih- lebihan sehingga wanita pun naik rimas dan geli dengan kelakuan anda. Jangan silap tafsir. Manja bukan bermaksud romantic. Bermanja sedikit tidak mengapa tetapi kalu berlebih- lebihan dan ingin dibelai-belai, atau berbual-bual pun dalam gaya yang manja, itu bukan romantic. Itu meluat namanya. Anda juga tidak dilihat sebagai seorang yang mancho. Hilanglah sifat maskulin anda itu. Bayangkan seorang lelaki yang berbadan tegap dan sasa, tetapi apabila berhadapan dengan teman wanitanya suaranya berubah menjadi lembut “Alah yang, jomlah makan di situ. I seganlah!!!.. apakah perasaan anda. Pasti anda memberi persepsi yang berbeza.


Gelojoh
Kalau sebut sahaja pasal makan, kebanyakan lelaki memang kuat makan. Paling tidak pun mereka akan suka makan dan tidak memandang anda apabila makanan di depan mata. Wahai lelaki, perlu diingat, wanita suka lelaki yang mempunyai identity yang tersendiri dan berkarisma. Makan pun kena ada gaya. Walaupun anda tengah dalam kelaparan, kawal lapar anda itu. Makan dengan sopan. Jangan makan dengan gelojoh sehingga bersepah-sepah di keliling pinggan. Perlakuan anda itu akan menyebabkan anda di reject awal-awal. Tip yang berguna ialah apabila anda sedang makan, pastikan mulut anda sentiasa tertutup walaupun sedang mengunyah. Jangan sampai berbunyi. Ia menunjukkan anda tidak sopan.



No comments: